PERUTUSAN

PENASIHAT 
PUSPANITA DAERAH LANGKAWI


ENCIK MOHAMAD SUBHI BIN ABDULLAH, AMK, BCK.


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Program Transformasi ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju. Aspirasi murni ini melibatkan peranan semua pihak, anggota-anggota wanita dan isteri-isteri kepada penjawat awam yang mengganggotai Puspanita di Langkawi yang mana mempunyai tugas penting di dalam meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan dan persepsi masyarakat.

Puspanita Daerah Langkawi boleh menumpukan kepada aspek peningkatan ilmu, kemahiran dan kebajikan kepada setiap ahli-ahlinya dalam meningkatkan taraf hidup masing-masing. Selain itu, Puspanita Daerah Langkawi juga boleh turut serta mengambil tanggungjawab membantu ahli-ahli komuniti yang kurang bernasib baik di dalam bentuk sumbangan dan tunjuk ajar. Insya Allah melalui pengemblengan tenaga secara bersepadu, saya yakin Puspanita Daerah langkawi akan menjadi sebuah organisasi yang berdaya maju serta dihormati oleh komuniti.

Sekian, terima kasih.

PENGERUSI 
PUSPANITA DAERAH LANGKAWI






PUAN AMILA BINTI AHMAD

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Puspanita Daerah Langkawi mempunyai kekuatan masyarakat yang erat dikalangan ahli-ahlinya walaupun terdapat perbezaan latar belakang dan taraf hidup, semua ahli-ahli menyokong aspirasi yang sama iaitu ke arah memajukan diri, keluarga dan komuniti Langkawi.

Program dan aktiviti yang dirancang meliputi pelbagai aspek seperti ilmu, kemahiran, kebajikan, agama, sukan, kesihatan dan keusahawanan. Semua ahli Puspanita disarankan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi mencapai aspirasi yang ditetapkan. Puspanita Daerah Langkawi akan terus berusaha menjadikan cawangan Puspanita yang maju di negeri Kedah. 

Marilah sama-sama kita berganding bahu menggembleng tenaga bagi memajukan Puspanita Daerah Langkawi. 

Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ π†π„πŽπ‚π˜π‚π‹πˆππ† π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ’

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016