Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

GOTONG ROYONG MEGA PERINGKAT KEBANGSAAN SELURUH NEGARA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

Imej
Penyertaan PUSPANITA LANGKAWI dalam Gotong Royong Mega Peringkat Kebangsaan Seluruh Negara Peringkat Daerah Langkawi anjuran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) pada 28 Julai 2018 di Padang Kolej Vokasional Langkawi.

PERTANDINGAN BOLA JARING PIALA DATO’ PADUKA KERAJAAN NEGERI KEDAH

Imej
Sekitar Pertandingan Bola Jaring Piala Dato’ Paduka Kerajaan Negeri Kedah Anjuran PUSPANITA Negeri Kedah dengan kerjasama Puspanita Daerah Kubang Pasu pada 26 Julai 2018 bertempat di Dewan Wawasan Jitra. PUSPANITA LANGKAWI juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang mana telah melibatkan sejumlah 15 pasukan. Penyertaan adalah terdiri daripada Puspanita setiap daerah & jabatan-jabatan kerajaan di negeri Kedah.

MESYUARAT PENYELARASAN DAN CABUTAN UNDI PERTANDINGAN BOLA JARING

Imej
Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi Puspanita Cawangan telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan dan Cabutan Undi bagi mewakili Puspanita Cawangan Langkawi menyertai Pertandingan Bola Jaring Anjuran Biro Sukan dan Kesihatan Puspanita Cawangan Negeri Kedah Darul Aman pada 22 Julai 2018 jam 2.30 ptg bertempat Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARI ANJUNG KASIH

Imej
Sekitar majlis ramah mesra bagi meraikan anak-anak yatim dari Anjung Kasih bersama-sama dengan PUSPANITA Langkawi yang diadakan pada 13 Julai 2018 bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.

PROGRAM PUSPANITA TURUN PADANG PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2018

Imej
Pada 14 Julai 2018 (Sabtu) telah diadakan Program PUSPANITA turun padang peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2018 bertempat di Kampung Tandop, Mukim Baling/Bongor, Baling, Kedah yang disempurnakan oleh Y.B Dato' Paduka Haji Bakar Bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah. Program ini turut disertai oleh beberapa ahli PUSPANITA Langkawi.

MAJLIS BACAAN YASSIN BAGI AHLI YANG AKAN MENGERJAKAN HAJI BAGI TAHUN 2018

Imej
Pada 5 Julai 2018 yang lalu bertempat di Rumah PUSPANITA telah diadakan Majlis Bacaan Yassin bagi ahli yang akan mengerjakan Haji pada tahun 2018 anjuran PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman. Majlis ini turut disertai oleh beberapa orang ahli Puspanita Langkawi. Semoga semua para jemaah dipermudahkan segala urusan olehNya dan semoga mendapat haji yang mabrur.

MAJLIS WANITA BERTADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 2018

Imej
Pada 9 Jun 2018 bertempat di Masjid Zahir, Alor Setar, beberapa ahli Puspanita Daerah Langkawi telah turut serta di dalam Majlis Wanita Bertadarus dan Khatam Al-Quran 2018 anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita Negeri Kedah Darul Aman.