Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

PROGRAM TOGETHER@PUSPANITA KEDAH BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI

Imej
10 September 2022 (SABTU) / 10.00 pagi / Kompleks Kraf Langkawi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menerima kunjungan hormat dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Puspanita LADA. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah iaitu Yang Berbahagia Datin Norhasni binti Ishak dan Datin Fauziah binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Turut sama hadir adalah Yang Berbahagia Datin Noor Afza binti Osman, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Datin Azyanti binti Azmi, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Datin Hajjah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta barisan Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran PUSPANITA LADA iaitu Yang Berusaha Puan Maimunah binti Yaacob, Pengerusi LADA dan Puan Sarahanas binti Mohd Amirul Rashid, Ti