Sabtu, 23 April 2022

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PUSPANITA

 

22 Ramadhan 1443H
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran secara hybrid iaitu secara dalam talian atau e-tadarus dan juga secara bersemuka pada tahun ini.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi diberi tugasan membaca juz 11 dan telah memilih 6 orang wakil ahli untuk dijalankan program tadarus secara bersemuka.
Program tadarus tersebut telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada 24 April 2022.







MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KASIH FOOD PACK RAMADHAN

 

19 Ramadhan 1443H / 21 April 2022

Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi
Seramai 20 orang penerima dari ahli PUSPANITA telah hadir untuk menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam bentuk makanan pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. Puan Farah Nabilah Binti Mohammad Anuar selaku AJK Tetap PUSPANITA telah hadir bagi melaksanakan penyampaian sumbangan bantuan tersebut kepada yang memerlukan sempena bulan Ramadhan 1443H /2022.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan State Secretary Kedah (INCORPORATION) atas sumbangan “Food Pack” yang diberikan.
Semoga dengan inisiatif murni ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan
yang mulia ini.







Rabu, 20 April 2022

Juadah Kuih Berbuka Puasa

 18 Ramadhan 1443H / 20 April 2022 (Rabu)

Alhamdulillah...rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sumbangan juadah kuih berbuka puasa “Seikhlas Rasa Dikongsi Bersama” anjuran Biro Keusahawanan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi.

Ahad, 17 April 2022

Program Semarak Ar Rayyan 2.0

 16 April 2022 / Sabtu

Masjid Jamek Al-Qodim, Ulu Melaka, Langkawi, Kedah

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Persatuan Kebajikan Langkawi dan Pertubuhan Wanita Prihatin Langkawi (PERWANIS) telah menganjurkan program “Semarak Ar-Rayyan 2.0” yang memberi tumpuan kepada pengisian kerohanian dan sentuhan mahabbah dikalangan komuniti setempat.

Sabtu, 9 April 2022

Program Sedekad Jelajah Ramadhan LangkawiFM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan Program Sedekad Jelajah Ramadhan LangkawiFM yang bertempat di Masjid Al-Aman Yooi pada 09 April 2022 (sabtu).

Antara aktiviti yang dilakukan adalah memasak bubur lambuk serta membuat edaran kepada orang ramai. Program ini juga turut disertai oleh Puspanita Langkawi, Puspanita LADA serta kariah masjid tersebut.






































Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi kali ke-26

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi kali ke-26 yang diadakan pada 17 Mac 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Langkawi. Majlis AGM bagi tahun 2022 dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, Pegawai Daerah Langkawi selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.

Antara tentatif majlis yang diadakan ialah perutusan dari YBhg. Datin Fauziah Binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke-25, pembentangan Laporan Aktiviti Puspanita Tahun 2021 dan Laporan Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 serta pembentangan usul.
Kehadiran ahli telah diberikan cenderahati yang menarik dan juga berpeluang menerima cabutan nombor bertuah selain disediakan meja jualan t-shirt puspanita. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Induk dan wakil Puspanita Cawangan kecil yang menghadiri sesi mesyuarat ini secara terbuka dan online.
“Wanita Sepakat Negara Meningkat”

HARI SUKAN NEGARA 2022

  7 – 8 OKTOBER 2022 / KOMPLEKS SUKAN   Telah diadakan acara senamrobik sempena sambutan Hari Sukan Negara 2022. Majlis telah disempurna...