Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2024

𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐲

Imej
  Tarikh : 7 Mac 2024 Hari : Khamis Masa : 5 petang Tempat : Math Superbowl Langkawi PUSPANITA Langkawi Bowling Day yang dianjurkan oleh Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berlangsung pada 07 Mac 2024 di Math Superbowl Langkawi. Tujuan utama penganjuran PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini adalah bagi meraikan minat kesukanan yang mendalam di kalangan para ahli PUSPANITA Langkawi. Selain itu, penganjuran ini juga menjadi salah satu inisiatif memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PUSPANITA Langkawi. PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini disertai oleh 39 orang ahli PUSPANITA Langkawi. Hadiah bagi kategori Top 3 dan Last 3 berupa hamper, medal dan sijil penyertaan turut disediakan. Selain itu, acara cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan dan menceriakan lagi program yang berlangsung. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi

𝐕𝐨𝐥𝐥𝐞𝐲𝐛𝐚𝐥𝐥 𝟑 𝐨𝐧 𝟑 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢

Imej
  Tarikh : 4-5 Mac 2024 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 5.30-7.00 petang Tempat : Outdoor Court LADA Pertandingan Volleyball 3 on 3 PUSPANITA Langkawi anjuran Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di Outdoor Court LADA pada 04 dan 05 Mac 2024 lalu. Pertandingan yang diadakan secara dalaman antara para ahli PUSPANITA Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para ahli. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan 6 kumpulan yang bertanding secara liga sehingga ke peringkat kalah mati bagi penentuan pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi. Para peserta sangat menyambut baik pertandingan yang dianjurkan ini dan berharap agar pertandingan seumpama ini akan dapat