Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

PROGRAM SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT TAHUN 2022

Imej
 Tarikh : 17 Ogos 2022 (Rabu) Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Langkawi Program anjuran PUSPANITA Negeri Kedah bersama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah memilih seramai 20 orang asnaf di mukim terpilih. Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah iaitu Yang Berbahagia Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang telah berbesar hati untuk turun padang bagi menyampaikan sendiri sumbangan. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Datin Fauziah Binti Halim. Sumbangan berupa barangan dan wang ringgit kepada 16 orang penerima asnaf telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Lawatan juga diadakan ke 4 buah rumah asnaf yang terpilih di Mukim Kuah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima sekeluarga.