Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟐𝟖

Imej
  Tarikh: 28 Januari 2024 (Ahad) Masa: 2.00 Petang Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi Alhamdulillah syukur, selesai sudah Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi Kali Ke 28 hari ini. Sangat berbesar hati bilamana Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi sendiri yang sudi meluangkan masa merasmikan mesyuarat agong tahun ni. AGM dipengerusikan oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi selesai dijalankan dengan lancar. Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu Puspanita. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Penghulu Mukim Ayer Hangat, Encik Abdul Azim Bin Mahmud, tanyangan montaj, perbentangan takwim, penyata kewangan serta perlantikan AJK baru bagi Biro Agama dan Kerohanian dan Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga sesi 2023/2024. Mesyuarat diakhiri dengan aktivi

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

Imej
  𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 / 𝟐𝟎𝟐𝟒 Tarikh: 27 Januari 2024 (Sabtu) Masa:8.00 Pagi Anjuran : Lembaga Pembangunan langkawi (LADA) Alhamdulillah, hari ini telah diadakan program Langkawi Geocycling Siri 1/2024 yang telah disertai oleh empat orang ahli Puspanita Daerah Langkawi iaitu Puan Rusmariah, Cik Ainul Najihah, Puan Nur Azwa dan Puan Noriza. Turut hadir Penasihat Puspanita Daerah Langkawi,Encik Mohamad Subhi bin Abdullah dan Pengerusi Puspanita Daerah Langkawi,Puan Amila binti Ahmad. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan lagi pengetahuan tentang kelebihan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark dan juga menyalurkan gambaran sebenar tentang sejarah Mahsuri yang menjadi salah satu tempat bersejarah yang wajib dilawati di Langkawi Pulau Lagenda. Program ini disempurnakan oleh CEO LADA iaitu Datuk Haslina Abdul Hamid yang turut bersama-sama menjadi peserta kayuhan dengan mengayuh basikal sepanjang 13.85 km. Semoga program ini dapat mengukuhkan ukhwah ant

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈, 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍.

Imej
Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Perkampungan Orang Asli,Ulu Legong, Baling,Kedah Darul Aman. Alhamdulillah selesai sudah program turun padang PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling ke Perkampungan Orang Asli, Ulu Legong, di Baling,Kedah. Program ini merupakan program yang pertama kali dianjurkan bagi tahun 2024 bersempena dengan Sambutan 40 Tahun PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Fauziah binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling. Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang sudi menjemput wakil dari PUSPANITA Daerah Langkawi. "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT" Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD Blog Page : https://puspanitalangkawi.blogspot.com/ #PUSPANITALangkawi #kedahsejahteranikmatuntuksemua

KEEPFIT @BLUE POOL

Imej
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi Jom hampa aiii, weekdays dah busy gheja, weekend kita healing sat. Minggu ni kita healing lain sikit, kalau selalu kita p pantai. Minggu ni kami nak ajak hampa hiking naik ke Telaga Tujoh & Blue Pool Semua ahli Puspanita Langkawi dijemput menyertai Tarikh : 19/1/2024(Jumaat) Masa : 8.00pagi Tempat : Parking lot Telaga Tujoh Join Group Puspanita Langkawi Sports Club untuk isi penyertaan https://chat.whatsapp.com/CG2eiUO8Iza3HLsr5ka7HD Join group besar Puspanita Langkawi untuk info-info Puspanita terkini https://chat.whatsapp.com/GJ1VPIoejvMIWAdg2upBD4 "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT" Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD Blog Page : https://puspanitalangkawi.blogspot.com/ #PUSPANITALangkawi #kedahsejahteranikmatuntuksemua  

LATIHAN BERKALA SUKAN (BADMINTON, BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING)

Imej
Puspanita Langkawi mengadakan latihan berkala untuk sukan badminton, bola tampar dan bola jaring setiap minggu. Latihan ini adalah bagi mewujudkan budaya bersukan di kalangan para ahli Puspanita Langkawi. Budaya bersukan ini dilihat sebagai inisiatif yang baik bagi membina komuniti ahli puspanita yang lebih sihat dan berdaya saing dari segi mental dan fizikal. Ini adalah sebagai usaha untuk membina jati diri yang lebih teguh untuk mengharungi cabaran yang lebih mencabar di masa kini. 

PUSPANITA LANGKAWI FITNESS PROGRAM "PUSPANITA LANGKAWI MENAWAN PUNCAK BUKIT PENARAK"

Imej
  𝐏𝐮𝐬𝐩𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 "𝐏𝐮𝐬𝐩𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐧𝐜𝐚𝐤 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐤" Tempat : Bukit Penarak Tarikh : 14/1/2024 (Ahad) Masa : 8.30pagi Puspanita Langkawi telah mengadakan program "Puspanita Langkawi Menawan Puncak Bukit Penarak". Program disertai oleh Timbalan Pengerusi II, Puan Syafiqah Mohd Radzi, Leftenan Maritim Puan Mira Baizuani Binti Muhammad, Penolong Pegawai Tadbir Puan Norhidayat Binti Aripin. "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT" Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD #PUSPANITALangkawi #kedahsejahteranikmatuntuksemua

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI BILANGAN 1/2024

Imej
  MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI BILANGAN 1 TAHUN 2024 Tarikh : 14 Januari 2024 (Ahad) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi Pakaian : Kerja / Bersesuaian "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT" Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD Blog Page : https://puspanitalangkawi.blogspot.com/ #PUSPANITALangkawi #kedahsejahteranikmatuntuksemua

PERTANDINGAN BOLA JARING KOMUNITI LANGKAWI

Imej
  𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 Tarikh : 06 Januari 2024 (Sabtu) Masa : 8.00 Pagi Tempat : Kompleks Sukan Langkawi Telah diadakan Pertandingan Bola Jaring Komuniti Langkawi yang disertai oleh pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT" Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD #PUSPANITALangkawi #kedahsejahteranikmatuntuksemua