Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016
Imej
PUSPANITA caw. Langkawi menerima kunjungan daripada PUSPANITA Daerah Tawau, Sabah pada 27 hingga 29.09.2016. Sesi ramah mesra, jamuan makan malam & turut mengiringi peserta rombongan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Langkawi. Turut dihadiri oleh Penasihat & Pengerusi PUSPANITA Daerah Tawau, Sabah. Terima kasih diucapkan ke atas kesudian berkunjung ke Daerah Langkawi.
Imej
Program "Kayuhan Patriotik Merdeka 20KM- FunRide 2016 BTN MALAYSIA" 5 orang ahli PUSPANITA caw. Langkawi selaku Jurulatih Kecergasan mengetuai Aktiviti Senamrobik di Majlis Pelancaran FunRide 2016. Lebih 500 orang mengambil bahagian. Tarikh: 24 September 2016 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi Tempat: Jalan Persiaran Putra, Langkawi
Imej
#SekitarMajlis# Sambutan Hari Raya Aidiladha Puspanita Negeri Kedah Tahun 2016 yang disambut dengan penuh meriah. Menu yang disediakan oleh pihak PUSPANITA caw. Langkawi adalah Cucur Udang Istimewa. Tarikh: 20 September 2016 (Selasa) Tempat: Rumah PUSPANITA Negeri Kedah Penyertaan: Ahli PUSPANITA (setiap Daerah) Diharapkan ukhwah ahli-ahli PUSPANITA (setiap Daerah), seutuh ikatan ukhwah para Sahabat Rasulullah. Moga ALLAH sentiasa bersama langkah kaki kita ini. Amin..
Imej
Sekitar Sambutan Hari Perarakan & Perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat Daerah Langkawi 2016. Kemeriahan sambutan turut diserikan dengan penyertaan daripada anak-anak cilik & remaja ahli PUSPANITA caw. Langkawi yang turut sama mengibarkan bendera Malaysia pada sambutan kali ini. Diharapkan semangat patriotik ini dapat terus dipupuk sejak kecil dan diamalkan serta dikekalkan sehingga dewasa. Tahniah buat ibu-ibu terhebat di dunia.. :) Tarikh: 03 September 2016 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi Tempat: Dataran Marmar, Kuah, Langkawi.
Imej
Sesi Rehearsal.. Perarakan ISTIMEWA dari Pn. Affarizayani Bt Ahmad Tajuddin (Ketua) bersama kontinjen PUSPANITA caw. Langkawi sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Daerah Langkawi. Tarikh: 02 September 2016 (Jumaat) Masa : 4.00 petang Tempat: Dataran MarMar, Kuah, Langkawi.