Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

ZUMBATIK DAN AKTIVITI INTERAKTIF KRAF (BATIK CLAY) SEMPENA HARI BATIK MALAYSIA 2023

Imej
Tarikh : 01 Disember 2023 (Jumaat) Masa : 9.00 -12.00 pagi Tempat: Perkarangan Kompleks Kraf Langkawi, Kedah Kompleks Kraf Langkawi menganjurkan Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 pada 30 Nov - 04 Dis 2023. Sempena penganjuran ini, pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan seperti jualan produk kraf, demonstrasi kraf ( Batik ), Pameran Ini Batik Malaysia, Interaktif Kraf (Batik), Jom Membatik, Demonstrasi Kuih Tradisional, Permainan Tradisional dan Jom Membatik. Selain itu, aktiviti sampingan seperti zumbatik, pertandingan Batik Cilik serta Pertandingan treasure hunt. PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi telah menghantar wakil seramai 15 orang untuk menyertai salah satu aktiviti yang dianjurkan iaitu Zumbatik dan batik clay. Terima kasih di ucapkan kepada Kompleks Kraf Langkawi yang berbesar hati menjemput ahli-ahli PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi. "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT" Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJ

PERTANDINGAN BEDMINTON INDIVIDU SIRI 1 1000LIGA @DAERAH LANGKAWI

Imej
  Tarikh : 18 November 2023 (Sabtu) Masa : 8.00 Pagi Tempat : Dewan Badminton APM Alhamdulillah Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan telah berjaya menganjurkan Pertandingan Badminton Individu Siri 1 1000Liga @Daerah Langkawi yang diadakan di Dewan Badminton APM . Berikut adalah senarai pemenang-pemenang : 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻 : Khatijah Binti Hashim (APM) 𝙉𝙖𝙞𝙗 𝙅𝙤𝙝𝙖𝙣 : Asyiha Bt Azizan(APM) 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮: Fadzrina Bt Tahit (Mawilla 3) 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : Rohani Bt Hassan (APMM) 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮: Wan Norbaiti (Perkeso) Johan pertandingan badminton ini membawa pulang wang tunai bernilai RM150, Trofi dan Sijil Penghargaan, naib johan membawa pulang wang tunai bernilai RM100, trofi dan sijil penghargaan, tempat ketiga membawa pulang and wang tunai bernilai RM50, trofi dan sijil perhargaan manakala tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang trofi dan sijil penghargaan. Selain itu, hadiah saguhati iaitu me

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLING ANTARA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI BERSAMA PUSPANITA DAERAH SETIU

Imej
Perlawanan persahabatan boling antara Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi bersama Puspanita Daerah Setiu telah diadakan di Math superbowl @ jeti kuah. Berikut merupakan senarai pemenang:- Individu Tempat Pertama : Noriza (314 Jatuhan Pin) Tempat Kedua: Mariani (301 Jatuhan Pin) tempat Ketiga: Rusmariah (295 Jatuhan Pin) Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.