𝐕𝐨𝐥𝐥𝐞𝐲𝐛𝐚𝐥𝐥 𝟑 𝐨𝐧 𝟑 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢

 

Tarikh : 4-5 Mac 2024

Hari : Isnin dan Selasa

Masa : 5.30-7.00 petang

Tempat : Outdoor Court LADA
Pertandingan Volleyball 3 on 3 PUSPANITA Langkawi anjuran Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di Outdoor Court LADA pada 04 dan 05 Mac 2024 lalu.
Pertandingan yang diadakan secara dalaman antara para ahli PUSPANITA Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para ahli. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan 6 kumpulan yang bertanding secara liga sehingga ke peringkat kalah mati bagi penentuan pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi.
Para peserta sangat menyambut baik pertandingan yang dianjurkan ini dan berharap agar pertandingan seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
💻 Blog Page :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒