Catatan

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada SMK Tunku Putra

Imej
Majlis Penyampaian sumbangan mineral water kepada Pengetua Sek Men Keb Tunku Putra sempena Majlis Bacaan Yassin utk pelajar2 sekolah yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 Februari 2021

Majlis Penyerahan Back To School Peringkat Daerah Langkawi

Imej
 Majlis Penyerahan Back To School Peringkat Daerah Langkawi Telah Dilaksanakan Pada 11 Januari 2021,Penyerahan Tersebut Dilakukan Oleh Puan Hajjah Musalmah Bt Saidin Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi.Sebanyak 7 Keluarga Telah Menerima Sumbangan Pakaian Sekolah Sempena Back To School ini. Program Tersebut Disertai Oleh Timbalan Pengerusi II Puspanita Cawangan Langkawi Dan Juga Setiausaha Puspanita Cawangan Langkawi.

PROGRAM ZIARAH KASIH BERSAMA PUSPANITA KEMAS NEGERI KEDAH

Imej
Puspanita Cawangan Langkawi telah mendapat jemputan untuk turut serta menjayakan Program Ziarah Kasih bersama Puspanita Cawangan KEMAS Negeri Kedah pada 20 Disember 2020 di Mukim Kuah.

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA Bil 3/2020

Imej
  Puspanita Cawangan Langkawi mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Puspanita Bil 3/2020 pada 13 Disember 2020. Mesy dipengerusikan oleh Pn. Musalmah bt Saidin, Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi.

MAJLIS BANTUAN PRIHATIN

Imej
M ajlis Bantuan Prihatin yang disumbangkan oleh Puspanita Negeri Kedah kepada Ahli Puspanita Cawangan Langkawi, Puan Zainab binti Hj Haron pada 06 Disember 2020. Sumbangan disampaikan olen Puan Hajjah Musalmah binti Saidin, Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi.  Puan Zainab merupakan Ahli  Seumur Hidup, Puspanita Cawangan Langkawi yang mengidap Kanser Paru-Paru Tahap 4.  Puspanita Cawangan Langkawi mendoakan Puan Zainab diberi kesihatan yang baik berpanjangan dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

SUMBANGAN KEPADA CHENANG VOLUNTEER FOOD BANK

Imej
Puspanita Cawangan Langkawi telah menyampaikan sumbangan kepada Chenang Volunteer Food Bank pada 25 November 2020. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi, Pn Hajjah Musalmah bt Saidin.
Imej
Puan Nur Royyan Aliah bt. Ahmad Tajuddin mewakili Pengerusi dan Setiausaha Puspanita Cawangan Langkawi menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Tertinggi Puspanita Cawangan Negeri Kedah Bil 1 Tahun 2020 pada 12 Mac 2020 di Wisma Darul Aman