Catatan

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI BIL. 1 TAHUN 2022

Imej
Tarikh : 10 Mac 2022 ( Khamis ) Masa : 11.00 Pagi Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi Sesi perkenalan antara Ahli Jawatankuasa bersama Puan Pengerusi serta Timbalan Pengerusi I dan Timbalan Pengerusi II yang baru. Perkara yang dibincangkan adalah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu serta merangka Mesyuarat Agung yang akan diadakan. Mesyuarat diadakan secara bersemuka dan juga online. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Fauziah Binti Halim selaku Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang baru. #PatuhiSOP #kitajagakita  

KURSUS LAMAN WEB PUSPANITA TAHUN 2022

Imej
Tarikh : 23 Januari 2022 (Ahad ) Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang Tempat : Makmal Teknikal ICT BTMK, Tingkat 2 Blok E Wisma Darul Aman Anjuran oleh Biro Pembangunan ICT & Publisiti PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada Ahli-ahli PUSPANITA. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli PUSPANITA berkaitan cara pengendalian & pengurusan laman Web/Blog di setiap Daerah/Biro/Jabatan. #kursuslamanweb #PatuhiSOP

Program ‘Back To School’

Imej
P rogram ‘Back To School’ anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah dilaksanakan pada 17 Januari 2022 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Sebanyak 11 orang penerima telah menerima sumbangan yang berupa pakaian, sarung kaki dan kasut sekolah. Sumbangan ini disampaikan oleh Puan Hajjah Musalmah bt Saidin selaku pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Semoga dengan Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa dan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak ini untuk hadir ke sekolah. #backtoschool #puspanitaprihatin

Majlis Malam Mesra sempena Persaraan Pegawai Daerah Langkawi

Imej
Tarikh : 12 Januari 2022 Masa : 8.30 malam Tempat : Hotel Adya, Kuah, Langkawi PUSPANITA Langkawi mengucapkan selamat bersara dan maju jaya kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi, Pegawai Daerah Langkawi dan terima kasih kepada Puan Musalmah Bt Saidin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Sekalung penghargaan diucapkan atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan. Hanya doa yang mampu kami panjatkan moga dikurniakan kesihatan yang baik. #selamatbersara #majlispersaraan

Karnival Sukan Langkawi DSM 2022

Imej
Karnival Sukan Langkawi DSM 2022 anjuran oleh Yayasan Usahawan Negara yang telah diadakan pada 08 Januari 2022 bertempat di Kompleks Sukan Lada Langkawi, Kedah. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. PUSPANITA Langkawi juga tidak terlepas peluang menyertai aktiviti karnival ini dengan menjual barangan seperti pakaian dan makanan. #karnivalsukan #jomsihatbersama

Majlis bacaan yassin sambutan tahun baru 2022

Imej
Majlis bacaan yassin sambutan tahun baru 2022 yang telah diadakan pada 06 Januari 2022 bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Langkawi anjuran Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Bacaan ini dipimpin oleh Khalifah Ustazah Aminah Bt Din. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Puan Musalmah Bt Saidin selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.

Sumbangan Bantuan Bencana Banjir

Imej
Keperihatinan terhadap mangsa bencana banjir yang melanda di negeri Selangor, PUSPANITA Langkawi dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Langkawi turut menghulurkan sumbangan bantuan bencana banjir. Semoga dengan sumbangan kecil dari pihak kami dapat memberi manfaat dan meringankan bebanan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir.