Puspanita Cawangan Langkawi mengadakan program Santuni Asnaf dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah pada 28 Ogos 2019 di Kpg Ewa, Mukim Ayer Hangat, Langkawi. Program diketuai oleh Pn Hajjah Farihah bt Mohd Noor, Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi dan juga Tn. Hj Mohamad Arof bin Darus, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Langkawi
𝐕𝐨𝐥𝐥𝐞𝐲𝐛𝐚𝐥𝐥 𝟑 𝐨𝐧 𝟑 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢
Tarikh : 4-5 Mac 2024 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 5.30-7.00 petang Tempat : Outdoor Court LADA Pertandingan Volleyball 3 on 3 PUSPANITA Langkawi anjuran Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di Outdoor Court LADA pada 04 dan 05 Mac 2024 lalu. Pertandingan yang diadakan secara dalaman antara para ahli PUSPANITA Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para ahli. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan 6 kumpulan yang bertanding secara liga sehingga ke peringkat kalah mati bagi penentuan pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi. Para peserta sangat menyambut baik pertandingan yang dianjurkan ini dan berharap agar pertandingan seumpama ini akan da...












Ulasan
Catat Ulasan