Pejabat Daerah Langkawi mengadakan lawatan kerja ke Satun, Thailand untuk program Penyerahan Buku Agama dan sumbangan di Tadika Islamiah. Lawatan kerja ini diketuai oleh Y. Bhg. Tuan Pegawai Daerah merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Langkawi. Lawatan ini disertai oleh Y. Bhg. Puan Farihah bt Md Noor, Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi, kakitangan Pejabat Daerah Langkawi dan Ahli2 Puspanita dari Pej Daerah Langkawi.
PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016
Pada 22 Oktober 2016 telah berlangsung Pertandingan Bubur Asyura Peringkat Daerah Langkawi 2016 yang diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Program tersebut disertai oleh pelbagai jabatan di Langkawi. Puspanita Langkawi turut sama menyertai pertandingan tersebut dan berjaya memenangi hadiah bagi Kategori Khas : Bubur Asyura Tersedap. Tahniah kepada semua yang terlibat. Program tersebut berlangsung meriah, sarat maklumat dan menyeronokkan sepanjang pertandingan dijalankan.
Ulasan
Catat Ulasan