Program Ziarah Kasih Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
-
Tarikh : 07 April 2021
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Surau Jannatul Firdaus
Kampung Lubuk Setol, Mukim Bohor daerah Langkawi, Kedah
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Puan Hajjah Musalmah binti Saidin selaku Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan seterusnya penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai kepada wakil Kumpulan Tafsir Al-Quran Surau Jannatul Firdaus.
Tarikh : 4-5 Mac 2024 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 5.30-7.00 petang Tempat : Outdoor Court LADA Pertandingan Volleyball 3 on 3 PUSPANITA Langkawi anjuran Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di Outdoor Court LADA pada 04 dan 05 Mac 2024 lalu. Pertandingan yang diadakan secara dalaman antara para ahli PUSPANITA Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para ahli. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan 6 kumpulan yang bertanding secara liga sehingga ke peringkat kalah mati bagi penentuan pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi. Para peserta sangat menyambut baik pertandingan yang dianjurkan ini dan berharap agar pertandingan seumpama ini akan da...
Tarikh: 3 Februari 2024(Sabtu) Masa: 7.00 Pagi Tempat: Tanjung Rhu Resort Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi hari ini telah menyertai Funride Permata Kedah 2024 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Turut ikut serta Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bersama Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Acara dirasmikan oleh Y.B Dato’ Haji Salleh Bin Saidin iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah Darul Aman di perkarangan Tanjung Rhu Resort. Acara diserikan lagi dengan aktiviti paling ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah. Dibantu semua AJK yang bertungkus lumus sejak sebelum dan hari kejadian. Terima kasih juga kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang hadir pada hari ini . "𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓" "𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄...
Pada 22 Oktober 2016 telah berlangsung Pertandingan Bubur Asyura Peringkat Daerah Langkawi 2016 yang diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Program tersebut disertai oleh pelbagai jabatan di Langkawi. Puspanita Langkawi turut sama menyertai pertandingan tersebut dan berjaya memenangi hadiah bagi Kategori Khas : Bubur Asyura Tersedap. Tahniah kepada semua yang terlibat. Program tersebut berlangsung meriah, sarat maklumat dan menyeronokkan sepanjang pertandingan dijalankan.
Ulasan
Catat Ulasan