PROGRAM TOGETHER@PUSPANITA KEDAH BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI


10 September 2022 (SABTU) / 10.00 pagi / Kompleks Kraf Langkawi
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menerima kunjungan hormat dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Puspanita LADA. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah iaitu Yang Berbahagia Datin Norhasni binti Ishak dan Datin Fauziah binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Turut sama hadir adalah Yang Berbahagia Datin Noor Afza binti Osman, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Datin Azyanti binti Azmi, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Datin Hajjah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta barisan Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran PUSPANITA LADA iaitu Yang Berusaha Puan Maimunah binti Yaacob, Pengerusi LADA dan Puan Sarahanas binti Mohd Amirul Rashid, Timbalan Pengerusi 1 dan Puan Zuraidah binti Ahmad, Penolong Setiausaha dan ahli-ahli ECXO iaitu Puan Noorshahadah binti Saidin dan Cik Wan Noorharyati binti Wan Abdullah serta Puan Shariza binti Sobri.
Barisan tetamu-tetamu kehormat dan jemputan dibawa melawat ke tempat demostrasi kuih-kuih tradisional serta pameran barang-barang kraf sebelum program bermula serta taklimat ringkas yang diberikan oleh Pegawai Kraftangan berhubung produk-produk yang di pamerkan pada hari berkenaan. Semasa penerangan ini berlangsung, para tetamu juga diberi peluang untuk mencuba membuat demostrasi kuih-kuih tradisional yang ada di Kompleks Kraf ketika itu.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu puspanita dan bacaan doa.
Diikuti dengan ucapan aluan daripada Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi iaitu Yang Berbahagia Datin Fauziah binti Halim.
Yang Berbahagia Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah memberi ucaptama pengenalan buat jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Yang Berbahagia Datin juga memberi penghargaan kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi di atas penerimaan program ini memandangkan program yang diatur adalah dalam masa yang singkat dan merupakan program pertama beliau di Daerah Langkawi. Beliau juga berharap PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi sentiasa aktif bagi mengadakan program-program Puspanita Jabatan dan mohon bagi menyertai setiap program yang dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Majlis diteruskan dengan pertunjukan montaj aktiviti tahunan dan acara penyampaian sumbangan kepada 2 orang penerima Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang terpilih. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati daripada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Selain itu, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah juga telah memberi peruntukan geran tahunan fasa 3 sebanyak RM 1,000.00 untuk PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bagi menjalankan program dan aktiviti tahunan yang dirancang dengan jayanya di peringkat Daerah. Seterusnya, majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan kepada semua tetamu jemputan dan ahli yang hadir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒