Pada 22 Oktober 2016 telah berlangsung Pertandingan Bubur Asyura Peringkat Daerah Langkawi 2016 yang diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Program tersebut disertai oleh pelbagai jabatan di Langkawi. Puspanita Langkawi turut sama menyertai pertandingan tersebut dan berjaya memenangi hadiah bagi Kategori Khas : Bubur Asyura Tersedap. Tahniah kepada semua yang terlibat. Program tersebut berlangsung meriah, sarat maklumat dan menyeronokkan sepanjang pertandingan dijalankan.
Puspanita Cawangan Langkawi menerima kunjungan Lawatan Muhibbah dari Puspanita Cawangan Sabah Bernam pada 28 Julai 2019 yang diketuai oleh Puan Mas Ayu bt Dahalan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabak Bernam. Satu pertandingan bowling persahabatan dianjurkan bagi meraikan kedatangan mereka.
Tarikh : 4-5 Mac 2024 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 5.30-7.00 petang Tempat : Outdoor Court LADA Pertandingan Volleyball 3 on 3 PUSPANITA Langkawi anjuran Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di Outdoor Court LADA pada 04 dan 05 Mac 2024 lalu. Pertandingan yang diadakan secara dalaman antara para ahli PUSPANITA Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para ahli. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan 6 kumpulan yang bertanding secara liga sehingga ke peringkat kalah mati bagi penentuan pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi. Para peserta sangat menyambut baik pertandingan yang dianjurkan ini dan berharap agar pertandingan seumpama ini akan da...
Ulasan
Catat Ulasan