ZUMBATIK DAN AKTIVITI INTERAKTIF KRAF (BATIK CLAY) SEMPENA HARI BATIK MALAYSIA 2023






Tarikh : 01 Disember 2023 (Jumaat)

Masa : 9.00 -12.00 pagi

Tempat: Perkarangan Kompleks Kraf Langkawi, Kedah

Kompleks Kraf Langkawi menganjurkan Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 pada 30 Nov - 04 Dis 2023. Sempena penganjuran ini, pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan seperti jualan produk kraf, demonstrasi kraf ( Batik ), Pameran Ini Batik Malaysia, Interaktif Kraf (Batik), Jom Membatik, Demonstrasi Kuih Tradisional, Permainan Tradisional dan Jom Membatik. Selain itu, aktiviti sampingan seperti zumbatik, pertandingan Batik Cilik serta Pertandingan treasure hunt.
PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi telah menghantar wakil seramai 15 orang untuk menyertai salah satu aktiviti yang dianjurkan iaitu Zumbatik dan batik clay.
Terima kasih di ucapkan kepada Kompleks Kraf Langkawi yang berbesar hati menjemput ahli-ahli PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒