PERTANDINGAN BEDMINTON INDIVIDU SIRI 1 1000LIGA @DAERAH LANGKAWI






 Tarikh : 18 November 2023 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Badminton APM
Alhamdulillah Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan telah berjaya menganjurkan Pertandingan Badminton Individu Siri 1 1000Liga @Daerah Langkawi yang diadakan di Dewan Badminton APM .
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang :
𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻 : Khatijah Binti Hashim (APM)
𝙉𝙖𝙞𝙗 𝙅𝙤𝙝𝙖𝙣 : Asyiha Bt Azizan(APM)
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮: Fadzrina Bt Tahit (Mawilla 3)
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : Rohani Bt Hassan (APMM)
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮: Wan Norbaiti (Perkeso)
Johan pertandingan badminton ini membawa pulang wang tunai bernilai RM150, Trofi dan Sijil Penghargaan, naib johan membawa pulang wang tunai bernilai RM100, trofi dan sijil penghargaan, tempat ketiga membawa pulang and wang tunai bernilai RM50, trofi dan sijil perhargaan manakala tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang trofi dan sijil penghargaan.
Selain itu, hadiah saguhati iaitu medal dan sijil penghargaan turut disampaikan kepada 10 orang pemenang dari tempat keenam hingga kelima belas.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohamad Subhi bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi diiringi Yang Berusaha Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Tuan Mohd Ferdaus bin Osman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi, dan Tuan Kapt (PA) Ahmad Shahfikri bin Darus Pegawai APM Daerah Langkawi.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menyertai Pertandingan badminton pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada urusetia dan semua yang hadir.
Follow Page Rasmi Puspanita Cawangan Kecil Dearah Langkawi di :-
Puspanita Langkawi Page

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒