𝐋𝐀𝐃𝐈𝐄𝐒 𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐆𝐇𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟑

 Tarikh : 09 Disember 2023 (Sabtu)

Masa : 8.00 Malam
Tempat : De Baron Resort
Alhamdulilah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berjaya menganjurkan makan malam yang bertemakan Ladies Arabian Night. Majlis ini bertujuan untuk meraikan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi serta mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang dihormati,Puan Amila Binti Ahmad,Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang turut melaksanakan gimik perasmian.



Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha,Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi,Timbalan Pengerusi 2, Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi,YB Shamsilah Binti Siru,ADUN Ayer Hangat,Langkawi,Yang dihormati Dr. Akmal Naziah Binti Dato’ Haji Ahmad, Pengarah Hospital Sultanah Maliha dan Yang dihormati,Puan Noraisha Azura Binti Norzan,Pengerusi BAKAT Laut Mawilla 3.
Pelbagai persembahan disajikan antaranya adalah tarian daripada Saife Aerodance Fitness, Bakat Laut Marwilla, nyanyian lagu “Cintaku Sampai ke Ethiopia” beramai-ramai serta duet lagu yang bertajuk “Malam Ku Bermimpi” dan sketsa yang bertemakan “Free Palestine”. Majlis ditutup dengan tayangan montaj istimewa serta nyanyian beramai-ramai lagu bertajuk “Teman Sejati”.
Sebanyak 85 hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang hadir. Hadiah cabutan turut disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi yang juga merupakan Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang turut menaja beberapa hadiah cabutan yang menarik.
Majlis turut meraikan hari lahir tetamu yang lahir pada bulan Disember yang diserikan dengan acara pemotongan kek. Tahniah juga diucapkan kepada 3 orang tetamu yang telah terpilih sebagai pemenang pakaian terbaik.
Terima kasih di ucapkan kepada yang AJK yang terlibat, para penaja yang menaja pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan kecil Daerah Langkawi yang telah hadir memeriahkan majlis.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒