Tarikh : 4-5 Mac 2024 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 5.30-7.00 petang Tempat : Outdoor Court LADA Pertandingan Volleyball 3 on 3 PUSPANITA Langkawi anjuran Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di Outdoor Court LADA pada 04 dan 05 Mac 2024 lalu. Pertandingan yang diadakan secara dalaman antara para ahli PUSPANITA Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para ahli. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan 6 kumpulan yang bertanding secara liga sehingga ke peringkat kalah mati bagi penentuan pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi. Para peserta sangat menyambut baik pertandingan yang dianjurkan ini dan berharap agar pertandingan seumpama ini akan da...
Ulasan
Catat Ulasan