𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

 



𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

Tarikh: 27 Januari 2024 (Sabtu)

Masa:8.00 Pagi

Anjuran : Lembaga Pembangunan langkawi (LADA)

Alhamdulillah, hari ini telah diadakan program Langkawi Geocycling Siri 1/2024 yang telah disertai oleh empat orang ahli Puspanita Daerah Langkawi iaitu Puan Rusmariah, Cik Ainul Najihah, Puan Nur Azwa dan Puan Noriza. Turut hadir Penasihat Puspanita Daerah Langkawi,Encik Mohamad Subhi bin Abdullah dan Pengerusi Puspanita Daerah Langkawi,Puan Amila binti Ahmad.

Program ini dianjurkan bagi meningkatkan lagi pengetahuan tentang kelebihan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark dan juga menyalurkan gambaran sebenar tentang sejarah Mahsuri yang menjadi salah satu tempat bersejarah yang wajib dilawati di Langkawi Pulau Lagenda.

Program ini disempurnakan oleh CEO LADA iaitu Datuk Haslina Abdul Hamid yang turut bersama-sama menjadi peserta kayuhan dengan mengayuh basikal sepanjang 13.85 km.

Semoga program ini dapat mengukuhkan ukhwah antara semua peserta dan sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan mengenai Pulau Langkawi . Terima kasih diucapkan atas komitmen para peserta program dan juga penganjur LADA. Sehingga bertemu lagi dalam program akan datang.

"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"

"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"

💻Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD

💻Blog Page :

https://puspanitalangkawi.blogspot.com/

#PUSPANITALangkawi

#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERTANDINGAN BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016