𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐲


 Tarikh : 7 Mac 2024

Hari : Khamis
Masa : 5 petang
Tempat : Math Superbowl Langkawi
PUSPANITA Langkawi Bowling Day yang dianjurkan oleh Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berlangsung pada 07 Mac 2024 di Math Superbowl Langkawi.
Tujuan utama penganjuran PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini adalah bagi meraikan minat kesukanan yang mendalam di kalangan para ahli PUSPANITA Langkawi. Selain itu, penganjuran ini juga menjadi salah satu inisiatif memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PUSPANITA Langkawi.
PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini disertai oleh 39 orang ahli PUSPANITA Langkawi. Hadiah bagi kategori Top 3 dan Last 3 berupa hamper, medal dan sijil penyertaan turut disediakan.
Selain itu, acara cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan dan menceriakan lagi program yang berlangsung.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi.
Semoga program - program seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dalam memupuk budaya bersukan dan menyemai gaya hidup sihat khususnya di kalangan para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi.
"𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"
"𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀"
💻 Blog Page :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

𝐕𝐨𝐥𝐥𝐞𝐲𝐛𝐚𝐥𝐥 𝟑 𝐨𝐧 𝟑 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢

𝐅𝐔𝐍𝐑𝐈𝐃𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒