Catatan

PERTANDINGAN ZUMBA FITNESS LANGKAWI 2017

Imej
Pada 29 September 2017 bertempat di Telaga Walk@Cenang Langkawi telah berlangsung Pertandingan Zumba Fitness Langkawi 2017. Puspanita Daerah Langkawi telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut namun tahniah dan syabas diucapkan di atas semangat hebat yang ditunjukkan. Semoga Puspanita Langkawi akan terus berjaya di masa akan datang.

PERTANDINGAN PENCARIAN RATU BOWLING

Imej
Pada 5 Oktober 2017 bertempat di Ampang Bowl Langkawi seramai 50 orang peserta telah menyertai Pertandingan Pencarian Ratu Bowling yang mana melibatkan ahli-ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang terdiri daripada Pelbagai Jabatan di seluruh Langkawi. Antaranya Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Hospital Langkawi, Agensi Penguatkuatsaan Maritim Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Pejabat Belia Langkawi. Selain bertujuan utk mencari ratu-ratu bowling yang akan mewakili Puspanita Langkawi ke peringkat seterusnya, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli. TAHNIAH diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya dan semua ahli-ahli serta Urusetia (Biro Sukan & Rekreasi) yg terlibat dlm menjayakan program tersebut.
Imej

LAWATAN AJK INDUK PUSPANITA LANGKAWI KE CYBER SECURITY, KUALA LUMPUR

Imej
Pada 14 April 2017 b eberapa orang AJK Induk Puspanita Langkawi telah berpeluang menyertai lawatan  ke Cyber Security, The Mines Resort dan mendengar sedikit taklimat ringkas mengenai Keselamatan Teknologi Maklumat. Semoga lawatan ini dapat memberi ilmu yg baru dalam pengurusan & keselamatan ICT.

PERSIAPAN SEMPENA PERTANDINGAN PERARAKAN BOT BERHIAS

Imej

MESYUARAT AGONG PUSPANITA DAERAH LANGKAWI KALI KE-21

Imej

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN LANGKAWI

Imej