Catatan

Program Ziarah Kasih Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi

Imej
Tarikh :  07 April 2021 Masa : 9.30 Pagi Tempat : Surau Jannatul Firdaus Kampung Lubuk Setol, Mukim Bohor daerah Langkawi, Kedah Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Puan Hajjah Musalmah binti Saidin selaku Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan seterusnya penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai kepada wakil Kumpulan Tafsir Al-Quran Surau Jannatul Firdaus.

Mesyuarat AJK Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi Bil 1 Tahun 2021

Imej
Tarikh : 06 April 2021 Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Daerah Langkawi  Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajjah Musalmah Bt Saidin, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Pelbagai program telah dirangka selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) bersa,a AJK baru yang dilantik.

Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Langkawi kali Ke-25

Imej
Tarikh : 25 Mac 2021 Masa : 8.30 pagi Tempat : Auditorium Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi  Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Saiful Anwar bin Azmi, Pegawai Daerah Langkawi serta dihadiri oleh ahli dari pelbagai jabatan mengikut pematuhan SOP dalam norma baharu. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa Puspanita yang telah berkhidmat sepanjang penggal lalu dan perlantikan AJK yang baru.

Klinik De Stress ‘ Wanita Dan Pengurusan Stress’

Imej
Cik Farah Nabilah Binti Mohammad Anuar Dan Cik Sajaratul Aleeya Binti Shahril Telah Menghadiri Klinik De Stress ‘ Wanita Dan Pengurusan Stress’ Pada 18 Mac 2021 Di Bilik Gerakan Negeri Pejabat SUK Kedah. #wanitadanpengurusanstress #wanitabangkitmendepanicabaran

Ceramah Sempena Israk & Mikraj 1442

Imej
Cik Farah Nabilah Binti Mohammad Anuar telah hadir ke Ceramah Sempena Isra & Mikraj 1442 ‘Sebuah Perjalanan Agung’ Pada 16 Mac 2021 Di Masjid Zahir Alor Setar,Kedah #sebuahperjalananagung #wanitabangkitmendepanicabaran

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada SMK Tunku Putra

Imej
Majlis Penyampaian sumbangan mineral water kepada Pengetua Sek Men Keb Tunku Putra sempena Majlis Bacaan Yassin utk pelajar2 sekolah yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 Februari 2021

Majlis Penyerahan Back To School Peringkat Daerah Langkawi

Imej
 Majlis Penyerahan Back To School Peringkat Daerah Langkawi Telah Dilaksanakan Pada 11 Januari 2021,Penyerahan Tersebut Dilakukan Oleh Puan Hajjah Musalmah Bt Saidin Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi.Sebanyak 7 Keluarga Telah Menerima Sumbangan Pakaian Sekolah Sempena Back To School ini. Program Tersebut Disertai Oleh Timbalan Pengerusi II Puspanita Cawangan Langkawi Dan Juga Setiausaha Puspanita Cawangan Langkawi.