Catatan

MAJLIS JASAMU DI KENANG

Imej
Pada 31 Disember 2017 bertempat di Adya Hotel Langkawi telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Isahak Murat (Penasihat Puspanita Langkawi) & Puan Noor Afza Osman (Pengerusi Puspanita Langkawi) sempena pertukaran & perlantikan Tuan Pegawai Daerah sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Kedah Darul Aman berkuatkuasa 1 Januari 2018. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada Tuan Haji Isahak Murat & isteri. Terima kasih atas sumbangan dan jasa yang sangat besar kepada Puspanita Langkawi & penduduk Langkawi. #WanitaSepakatNegaraMeningkat #PuspanitaLangkawi

PUSPANITA GALA NIGHT

Imej
Pada 24 November 2017 telah berlangsung Majlis Gala Night Puspanita Langkawi bertempat di Adya Hotel Langkawi. Acara ini telah berjalan dengan lancar & sangat meriah bersesuaian dengan tema warna Blue Pink & slogan "Eratkan Hubungan, Raikan Kejayaan...Syoknya Puspanita!!!". Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada malam tersebut seperti persembahan teater muzikal , pertandingan baju tercantik dan cabutan bertuah. Puspanita Langkawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang sudi hadir & barisan jawatankuasa kerja serta urusetia yang bertungkus lumus dalam menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini. Tahniah untuk Anda Semua!!!

PROGRAM ZIARAH KASIH

Imej
Pengerusi Puspanita Langkawi hari ini berkesempatan menziarahi Pn Norizaila ahli Puspanita Langkawi yang baru menimang cahaya mata lelaki. Tahniah diucapkan kepada Pn Norizaila & keluarga. #WanitaSepakatNegaraMeningkat #ZiarahKasih

BENGKEL LANJUTAN LITERASI ICT

Imej
Pengerusi Biro ICT & Seranta Puspanita Langkawi telah berpeluang mengikuti Bengkel Lanjutan Literasi ICT - Blogspot anjuran Puspanita Negeri Kedah Darul Aman pada hari ini di Kedah Digital Transformation (UTC) Kedah. Pelbagai pengetahuan berkaitan cara pengendalian & pengemaskinian Blog telah diperolehi di bengkel ini & semoga ianya bermanfaat untuk pembangunan ICT Puspanita Langkawi.

PUSPANITA GALA NIGHT

Imej

CERAMAH MENGENAI AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN

Imej
Ahli-ahli Puspanita Langkawi berpeluang mengikuti Ceramah mengenai amalan kesihatan pergigian yg baik yang telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Langkawi pada 10 okt 2017. Terima kasih kepada Penceramah iaitu Dr Nurul Hidayah, Dr Farah dan Dr Quah daripada Klinik Pergigian Ayer Hangat, Langkawi. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA

Imej
Syukur.. 😌 Program Kacau Bubur Asyura Puspanita Langkawi telah berlangsung dengan jayanya petang tadi. Terima kasih kepada semua yang hadir. Program ini juga turut dihadiri oleh Puan Pengerusi, Puan Noor Afza Osman  & Tuan Penasihat, Tuan Hj Isahak Murat yang sama-sama bergotong royong menyiapkan juadah istimewa tersebut.