Catatan

Imej
Puspanita Cawangan Langkawi telah mengadakan Mesyuarat Agong Puspanita kali ke 24 Tahun 2020 pada 22 Januari 2020.  Seramai 92 Ahli Puspanita yang hadir. Mesy dipengerusikan oleh Puan Noor Farihah bt Md Noor.
Imej
Pejabat Daerah Langkawi mengadakan lawatan kerja ke Satun, Thailand untuk program Penyerahan Buku Agama dan sumbangan di Tadika Islamiah. Lawatan kerja ini diketuai oleh Y. Bhg. Tuan Pegawai Daerah merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Langkawi. Lawatan ini disertai oleh Y. Bhg. Puan Farihah bt Md Noor, Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi,  kakitangan Pejabat Daerah Langkawi dan Ahli2 Puspanita dari Pej Daerah Langkawi.
Imej
Puspanita Cawangan Langkawi menganjurkan Bengkel Kecantikan pada 10 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Hibiscus, Aras 3, MPLBP. Bengkel di kendalikan oleh Pakar Kecantikan Puan Durar Fatin bt. Abdul Wahab yang didatangkan khas dari Pusat Kecantikan Mary Kay Pulau Pinang. Peserta2 diajar cara bagaimana teknik make up yang betul dan penjagaan kulit muka. Banyak ilmu diperolehi sepanjang bengkel ini berlangsung.
Imej
Biro Sukan dan Kebudayaan Puspanita Cawangan Langkawi mengadakan program Jom Sihat Bersama Puspanita  pada 12 Disember 2019 di Dewan Angkatan Pertananan Awam.  Seramai 100 org Ahli Puspanita Cawangan Langkawi menyertai program ini.
Imej
Ahli-ahli Puspanita Cawangan Langkawi menghadiri Seminar "Digital Parenting' pada 28 November 2019 di Wisma Darul Aman
Imej
Wakil Ahli Puspanita Cawangan Langkawi menyertai Program Taqwa Fiqh Talak Anjuran Puspanita Negeri Kedah Darul Aman pada 10 Oktober 2019 di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kedah
Imej
Puspanita Cawangan Langkawi mengadakan program Santuni Asnaf dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah pada 28 Ogos 2019 di Kpg Ewa, Mukim Ayer Hangat, Langkawi.  Program diketuai oleh Pn Hajjah Farihah bt Mohd Noor, Pengerusi Puspanita Cawangan Langkawi dan juga Tn. Hj Mohamad Arof bin Darus, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Langkawi