Catatan

PROGRAM SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT TAHUN 2022

Imej
 Tarikh : 17 Ogos 2022 (Rabu) Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Langkawi Program anjuran PUSPANITA Negeri Kedah bersama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah memilih seramai 20 orang asnaf di mukim terpilih. Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah iaitu Yang Berbahagia Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang telah berbesar hati untuk turun padang bagi menyampaikan sendiri sumbangan. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Datin Fauziah Binti Halim. Sumbangan berupa barangan dan wang ringgit kepada 16 orang penerima asnaf telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Lawatan juga diadakan ke 4 buah rumah asnaf yang terpilih di Mukim Kuah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima sekeluarga.

PROGRAM GEOZUMBA SEMPENA SAMBUTAN KARNIVAL LANGKAWI GEOPARK 2022

Imej
  PROGRAM GEOZUMBA SEMPENA SAMBUTAN KARNIVAL LANGKAWI GEOPARK 2022 📌 Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu) ⏰ Masa : 7.30pagi - 9.30 pagi Bersempena dengan sambutan Karnival ini, telah diadakan Program GeoZUMBA di Taman Lagenda, Langkawi.   Seramai 100 orang warga Langkawi telah bersama-sama menyertai program ini.

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PUSPANITA

Imej
  22 Ramadhan 1443H PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran secara hybrid iaitu secara dalam talian atau e-tadarus dan juga secara bersemuka pada tahun ini. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi diberi tugasan membaca juz 11 dan telah memilih 6 orang wakil ahli untuk dijalankan program tadarus secara bersemuka. Program tadarus tersebut telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada 24 April 2022.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KASIH FOOD PACK RAMADHAN

Imej
  19 Ramadhan 1443H / 21 April 2022 Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi Seramai 20 orang penerima dari ahli PUSPANITA telah hadir untuk menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam bentuk makanan pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. Puan Farah Nabilah Binti Mohammad Anuar selaku AJK Tetap PUSPANITA telah hadir bagi melaksanakan penyampaian sumbangan bantuan tersebut kepada yang memerlukan sempena bulan Ramadhan 1443H /2022. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan State Secretary Kedah (INCORPORATION) atas sumbangan “Food Pack” yang diberikan. Semoga dengan inisiatif murni ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Juadah Kuih Berbuka Puasa

Imej
  18 Ramadhan 1443H / 20 April 2022 (Rabu) Alhamdulillah...rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sumbangan juadah kuih berbuka puasa “Seikhlas Rasa Dikongsi Bersama” anjuran Biro Keusahawanan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Langkawi. #juadahberbuka #puspanitadihati

Program Semarak Ar Rayyan 2.0

Imej
  16 April 2022 / Sabtu Masjid Jamek Al-Qodim, Ulu Melaka, Langkawi, Kedah Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Persatuan Kebajikan Langkawi dan Pertubuhan Wanita Prihatin Langkawi (PERWANIS) telah menganjurkan program “Semarak Ar-Rayyan 2.0” yang memberi tumpuan kepada pengisian kerohanian dan sentuhan mahabbah dikalangan komuniti setempat. #persatuankebajikanlangkawi #perwanis #semarakarrayyan