Catatan

PROGRAM TOGETHER@PUSPANITA KEDAH BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI

Imej
10 September 2022 (SABTU) / 10.00 pagi / Kompleks Kraf Langkawi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menerima kunjungan hormat dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Puspanita LADA. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah iaitu Yang Berbahagia Datin Norhasni binti Ishak dan Datin Fauziah binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Turut sama hadir adalah Yang Berbahagia Datin Noor Afza binti Osman, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Datin Azyanti binti Azmi, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Datin Hajjah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta barisan Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran PUSPANITA LADA iaitu Yang Berusaha Puan Maimunah binti Yaacob, Pengerusi LADA dan Puan Sarahanas binti Mohd Amirul Rashid, Ti...

PROGRAM SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT TAHUN 2022

Imej
 Tarikh : 17 Ogos 2022 (Rabu) Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Langkawi Program anjuran PUSPANITA Negeri Kedah bersama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah memilih seramai 20 orang asnaf di mukim terpilih. Program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah iaitu Yang Berbahagia Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang telah berbesar hati untuk turun padang bagi menyampaikan sendiri sumbangan. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi, Datin Fauziah Binti Halim. Sumbangan berupa barangan dan wang ringgit kepada 16 orang penerima asnaf telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Lawatan juga diadakan ke 4 buah rumah asnaf yang terpilih di Mukim Kuah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima sekeluarga.

PROGRAM GEOZUMBA SEMPENA SAMBUTAN KARNIVAL LANGKAWI GEOPARK 2022

Imej
  PROGRAM GEOZUMBA SEMPENA SAMBUTAN KARNIVAL LANGKAWI GEOPARK 2022 📌 Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu) ⏰ Masa : 7.30pagi - 9.30 pagi Bersempena dengan sambutan Karnival ini, telah diadakan Program GeoZUMBA di Taman Lagenda, Langkawi.   Seramai 100 orang warga Langkawi telah bersama-sama menyertai program ini.

PROGRAM TADARUS AL-QURAN PUSPANITA

Imej
  22 Ramadhan 1443H PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran secara hybrid iaitu secara dalam talian atau e-tadarus dan juga secara bersemuka pada tahun ini. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi diberi tugasan membaca juz 11 dan telah memilih 6 orang wakil ahli untuk dijalankan program tadarus secara bersemuka. Program tadarus tersebut telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pada 24 April 2022.