Catatan

𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐲

Imej
  Tarikh : 7 Mac 2024 Hari : Khamis Masa : 5 petang Tempat : Math Superbowl Langkawi PUSPANITA Langkawi Bowling Day yang dianjurkan oleh Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berlangsung pada 07 Mac 2024 di Math Superbowl Langkawi. Tujuan utama penganjuran PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini adalah bagi meraikan minat kesukanan yang mendalam di kalangan para ahli PUSPANITA Langkawi. Selain itu, penganjuran ini juga menjadi salah satu inisiatif memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli PUSPANITA Langkawi. PUSPANITA Langkawi Bowling Day ini disertai oleh 39 orang ahli PUSPANITA Langkawi. Hadiah bagi kategori Top 3 dan Last 3 berupa hamper, medal dan sijil penyertaan turut disediakan. Selain itu, acara cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan dan menceriakan lagi program yang berlangsung. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Lang...

𝐕𝐨𝐥𝐥𝐞𝐲𝐛𝐚𝐥𝐥 𝟑 𝐨𝐧 𝟑 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢

Imej
  Tarikh : 4-5 Mac 2024 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 5.30-7.00 petang Tempat : Outdoor Court LADA Pertandingan Volleyball 3 on 3 PUSPANITA Langkawi anjuran Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi ini telah berlangsung dengan begitu meriah bertempat di Outdoor Court LADA pada 04 dan 05 Mac 2024 lalu. Pertandingan yang diadakan secara dalaman antara para ahli PUSPANITA Langkawi ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk budaya gaya hidup yang sihat selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para ahli. Seramai 18 orang ahli telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan 6 kumpulan yang bertanding secara liga sehingga ke peringkat kalah mati bagi penentuan pemenang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang bertanding. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Syafiqah Binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Langkawi. Para peserta sangat menyambut baik pertandingan yang dianjurkan ini dan berharap agar pertandingan seumpama ini akan da...

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒

Imej
  Tarikh: 25 Februari 2024 (Ahad) Masa: 9.30 Pagi Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Daerah Langkawi Majlis serahan sempena program ‘Back To School’ 2024 anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah berjaya dilaksanakan pada 17 Januari 2022 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Majlis diteruskan dengan penyampaian kepada seramai 12 orang penerima telah menerima sumbangan yang berupa wang tunai dan barangan dapur. Sumbangan ini disampaikan oleh Puan Amila Binti Ahmad selaku pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Semoga dengan Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa dan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak ini untuk hadir ke sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada AJK yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis penyerahan ini. "𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 ...

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐄𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓

Imej
Tarikh: 6 Februari 2024(Selasa) Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang  Tempat: Dewan Gunung Mat Chincang, Kolej Vokasional Langkawi Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi hari ini telah hadir ke Kursus Penghasilan Cheesetart anjuran Kolej Vokasional Langkawi. Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Tahun 2 Diploma Program Bakeri dan Pastri sempenan Festival Baker dan Pastri 2024 Trima kasih diucapkan kepada Kolej Vokasional Langkawi kerana sudi menjemput ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi menyertai kursus cheseetart pada kali ini.Terima kasih juga diucapkan kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang hadir pada kursus tersebut. Semoga mendapat manfaat daripada kursus yang dihadiri. "𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓"  "𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀" 💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD 💻 Blog Page :  https://puspanitalangkawi.blogspot.com/ #PU...

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 @ 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈

Imej
TARIKH: 4 Februari 2024 (Ahad) MASA: 8.00 Pagi - 1.00 Petang TEMPAT: Kuala Teriang, Padang Matsirat, Langkawi Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi  telah menyertai Gotong royong Sempena Program Rakan Muda Turun Padang @Langkawi. Program ini bertujuan menjadi platform menanam rasa simpati Dan empati menerusi pembudayaan nilai sukarelawanan dan kemasyarakatan dalam kalangan masyarakat. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.  Terima kasih juga kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang mengikuti program  pada hari ini ❤️🫶🏻. "𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓" "𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐀" 💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD 💻 Blog Page :  https://puspanitalangkawi.blogspot.com/ #PUSPANITALangkawi #kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Imej
  𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 Tarikh: 4 Februari 2024(Ahad) Masa: 9.00 Pagi Tempat: Dewan Seri Negeri Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi hari ini telah hadir ke Program Back To School Tahun 2024 anjuran Puspanita Cawangan Negeri Kedah. Turut ikut serta Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Program dimulakan dengan gimik persembahan, nyanyian lagu negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu Puspanita serta tanyangan montaj. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan daripada Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Kedah. Seramai 300 pelajar hari ini menerima bantuan persekolahan daripada Persatuan Isteri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) menerusi inisiatif 'Back To School' anjuran bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Incorporated. Inisiatif itu menyaksikan seramai 103 pelajar dan keluarga mereka menghadiri majlis penyaluran bantuan itu ...

𝐅𝐔𝐍𝐑𝐈𝐃𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒

Imej
  Tarikh: 3 Februari 2024(Sabtu) Masa: 7.00 Pagi Tempat: Tanjung Rhu Resort Beberapa ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi hari ini telah menyertai Funride Permata Kedah 2024 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Turut ikut serta Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi bersama Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi. Acara dirasmikan oleh Y.B Dato’ Haji Salleh Bin Saidin iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah Darul Aman di perkarangan Tanjung Rhu Resort. Acara diserikan lagi dengan aktiviti paling ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah. Dibantu semua AJK yang bertungkus lumus sejak sebelum dan hari kejadian. Terima kasih juga kepada ahli Puspanita Cawangan Langkawi yang hadir pada hari ini . "𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓" "𝐀𝐒𝐏𝐈𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄...

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟐𝟖

Imej
  Tarikh: 28 Januari 2024 (Ahad) Masa: 2.00 Petang Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi Alhamdulillah syukur, selesai sudah Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi Kali Ke 28 hari ini. Sangat berbesar hati bilamana Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK, Pegawai Daerah Langkawi merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi sendiri yang sudi meluangkan masa merasmikan mesyuarat agong tahun ni. AGM dipengerusikan oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi selesai dijalankan dengan lancar. Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu Puspanita. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Penghulu Mukim Ayer Hangat, Encik Abdul Azim Bin Mahmud, tanyangan montaj, perbentangan takwim, penyata kewangan serta perlantikan AJK baru bagi Biro Agama dan Kerohanian dan Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga sesi 2023/2024. Mesyuarat diakhiri dengan ak...

𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

Imej
  𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 / 𝟐𝟎𝟐𝟒 Tarikh: 27 Januari 2024 (Sabtu) Masa:8.00 Pagi Anjuran : Lembaga Pembangunan langkawi (LADA) Alhamdulillah, hari ini telah diadakan program Langkawi Geocycling Siri 1/2024 yang telah disertai oleh empat orang ahli Puspanita Daerah Langkawi iaitu Puan Rusmariah, Cik Ainul Najihah, Puan Nur Azwa dan Puan Noriza. Turut hadir Penasihat Puspanita Daerah Langkawi,Encik Mohamad Subhi bin Abdullah dan Pengerusi Puspanita Daerah Langkawi,Puan Amila binti Ahmad. Program ini dianjurkan bagi meningkatkan lagi pengetahuan tentang kelebihan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark dan juga menyalurkan gambaran sebenar tentang sejarah Mahsuri yang menjadi salah satu tempat bersejarah yang wajib dilawati di Langkawi Pulau Lagenda. Program ini disempurnakan oleh CEO LADA iaitu Datuk Haslina Abdul Hamid yang turut bersama-sama menjadi peserta kayuhan dengan mengayuh basikal sepanjang 13.85 km. Semoga program ini dapat mengukuhkan ukhwah...

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈, 𝐔𝐋𝐔 𝐋𝐄𝐆𝐎𝐍𝐆, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍.

Imej
Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Perkampungan Orang Asli,Ulu Legong, Baling,Kedah Darul Aman. Alhamdulillah selesai sudah program turun padang PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling ke Perkampungan Orang Asli, Ulu Legong, di Baling,Kedah. Program ini merupakan program yang pertama kali dianjurkan bagi tahun 2024 bersempena dengan Sambutan 40 Tahun PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Fauziah binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling. Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang sudi menjemput wakil dari PUSPANITA Daerah Langkawi. "WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT" Facebook Page : https://www.facebook.com/puspanitalangkawi?mibextid=kFxxJD Blog Page : https://puspanitalangkawi.blogspot.com/ #PUSPANITALangkawi #kedahsejahteranikmatuntuksemua